MENGAPA BADAN PERLUKAN KOLAGEN?
Pernahkah anda melihat kulit bayi? Pasti licin, gebu dan anjal...Ini adalah kerana kolagen yang ada pada kulit bayi masih 100% ada. Kolagen akan berkurangan seiring dengan pertambahan usia kita. Semakin berusia kita semakin berkurangan kolagen yang terdapat di dalam badan.
Kesan Kekurangan Kolagen Dalam Badan Kita
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan kekurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis. Selain itu kolagen juga untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. Kebanyakan kolagen yg ada di dalam produk kosmetik kandungannya adalah sedikit sahaja tetapi dgn kolagen asli yg 100% dari sisik ikan ini jumlah kandungannya lebih berbaloi lagi yang akan kita dapat dgn harga yg lebih berpatutan.
Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen
- Kulit :: Kekeringan, kedutan, mengelupas, mudah lebam, luka lambat sembuh, tompok pigmentasi ( JERAGAT ), urat timbul, garisan ketawa yang jelas, garis halus pada leher, liang roma besar.
- Kuku :: kerapuhan, bintik putih dan senang pecah.
- Mata :: kekeringan, lingkaran gelap di bawah mata, ketulan kecil kuning lemak pada bahagian mata, penglihatan malam merosot, saluran darah merah pada sudut mata.
- Gusi :: gusi tidak sihat, akar gigi cepat rosak dan nafas berbau busuk.
- Rambut :: hujung rambut pecah, keguguran, kelumumur dan kegatalan kulit kepala.
- Mulut :: ulser yang lambat sembuh.
- Lidah :: lidah menjadi nipis dan licin.
- Badan :: payudara dan punggung jatuh dan melentur, kelihatan tua dari umur, organ dalaman tidak berfungsi sepenuhnya, kehilangan kalsium, sakit belakang dan sakit sendi.
Kolagen ini memang wujud didalam tisu kulit manusia. Apabila berusia jumlahnya akan berkurangan. Jadi dgn kolagen asli daripada SHAKLEE ini ia memang membantu menambahkan kolagen di dalam kulit malah untuk kesihatan dalaman dan kecantikan kulit antaranya menegang dan awet muda. Memanglah banyak faktor yg menyumbang kolagen semakin berkurangan dalam tubuh badan.. terutamanya bagi peminum kopi/kafein tegar. Malah faktor pencemaran udara, air dan gaya pemakanan dan cara hidup juga banyak mempengaruhi kehilangan kolagen dari dalam badan.
Kemerosotan semulajadi ini boleh diatas dengan pengambilan suplemen..Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kesihatan kulit dan badan.
APA AKAN SAYA DAPAT JIKA MENGAMBIL COLLAGEN POWDER SHAKLEE?
Anda akan dapat ::
- Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan kulit.
- Memulihkan masalah kulit seperti JERAGAT dan tompokan kecil pada kulit muka dan wajah.
- Mencantikkan dan menyuburkan rambut.
- Menegangkan payudara dan punggung.
- Menguatkan tulang.
- Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi serta melembutkan kulit.
- Melambatkan proses penuaan kulit sebelum usia.
Comments