Masalah KESUBURAN - Salah siapa? Lelaki atau Perempuan?



Assalamualaikum...
Hari ni cepat2 ambil kesempatan untuk berblog sebelum si kecik tu bangun...kalau dah bangun memang x dapat nak tekan keyboard ni dah..hihi

Bagaimana dengan kesuburan anda? Ada yang telah berkahwin bertahun-tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki anak. Memang orang akan kata Allah belum izinkan. Tapi saya ingin bertanya, sebelum berkata demikian sudahkah anda berusaha? Jika tidak jangan kata begitu dulu, Allah suka kepada hamba-Nya yang berusaha dahulu...

Ramai juga bila mengalami masalah begini orang akan salahkan isteri, sedangkan ramai tidak tahu masalah kesuburan juga datang dari pihak suami. Seeloknya suami dan isteri pergi berjumpa dengan doktor dan kenalpasti masalah. Kemudian barulah boleh beralih kepada mana-mana perubatan atau usaha.

Jadi,tak perlulah kita nak salahkan sesiapa ya...samada pihak lelaki atau perempuan. Yang penting usaha dahulu. Kalau x dapat juga barulah berserah kepada Allah.

Ramai yang telah saya jumpa bila ditanya apakah usaha mereka? Ramai dah mencuba pelbagai usaha dari semurah-murah perubatan sehinggalah mencecah ribuan ringgit..tapi belum berhasil.

Tapiiiiii...Shaklee sentiasa menyediakan produk yang selalu berhasil dan berkesan...

Di Shaklee kami selalu mencadangkan set kesuburan ini kepada mereka yang alami masalah kesuburan. Untuk wanita kami mencadangkan Alfalfa Complex dan GLA Complex, manakala lelaki pula Vitamin E dan Zinc Complex seperti dalam gambar di atas. ( Set Bajet )

Apakah pula fungsi bagi setiap suplemen ini?

Alfalfa Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.


GLA Complex
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)

Vitamin E Complex
Membantu meningkatkan kesihatan dan kualiti sperma. Dalam satu kajian, ia menunjukkan bahawa pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E dan selenium.


Zinc Complex
Zinc Complex sangat diperlukan untuk menghasilkan sperma yang aktif dan subur. Ia juga memastikan sperma yang dihasilkan mempunyai jangka hayat yang lama sebelum sampai pada ovari wanita.


Terdapat 6 tips cepat hamil telah teruji dengan baik yang layak dan boleh untuk anda pertimbangkan:


Rancanglah Waktu Hubungan Anda
Salah satu tips terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk melakukan hubungan dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maximum 5 hari di dalam rahim. Kerana itu untuk meningkatkan kebarangkalian terjadinya kehamilan, lakukan hubungan 2 hari sebelum masa ovulasi/ keluarnya sel telur.

Untuk mengetahui bila terjadinya ovulasi, ada beberapa cara yang dapat digunakan:

- sistem calender
- suhu tubuh basal /Body Temperature
- Pengeluaran cecair lendir serviks
- dan yang terbaru, strip penguji masa subur (biasanya dapat dibeli di farmasi terdekat)

Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh  ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol dapat menurunkan kebarangkalian wanita untuk cepat hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita yang merokok. Bahkan merokok bukan sahaja menurunkan peratusan untuk hamil, malah ianya akan meningkatkan risiko kepada janin yang dikandungkan.


Ambillah Vitamin
Untuk cepat hamil, ambillah vitamin secara konsisten dan disertakan dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang sangat-sangat diperlukan untuk kesuburan. Dan kedua-duanya harus amalkan….Anda dan juga pasangan anda. Antara contoh vitamin yang menggalakkan kesuburan ialah:-


Vitamin C – dipercayai dapat meningkatkan kualiti sperma.

Vitamin E - dapat meningkatkan kesuburan para suami dan isteri.


Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan otak janin di dalam kandungan kelak..



Bagi anda yang sedang dalam usaha untuk cepat hamil, ambillah vitamin anda bermula daripada sekarang. Saya ada menyediakan set untuk preggy moms yang mengandungi vitalea (multivitamin yang lengkap dengan iron, b complex yang lengkap dengan asid folik, vitamin C dan juga kalsium). 


Pilihlah Posisi yang Tepat ketika Berhubungan

Untuk pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata, missionary adalah posisi yang paling disarankan untuk cepat hamil. Posisi ini memungkinkan penetrasi yang cukup dalam sehingga rahim dapat menyimpan sperma untuk waktu yang lebih lama. Dan….sebaiknya hindari posisi woman on top, kerana akan mengurangkan kemungkinan rahim untuk menyimpan sperma..

Kawal Berat Badan Anda

Berat badan yang normal atau seimbang dapat meningkatkan peluang terjadinya kehamilan. Sering kita dengar sebahagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badan, umumnya juga akan menghadapi masalah untuk cepat hamil. Ini kerana, berat badan berlebihan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi kesuburan anda. Jadi, usahakanlah untuk mencapai berat badan yang ideal terlebih dulu untuk meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. 

Dan….sebaliknya, jika terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama…Jadi, bagi anda yang mempunyai berat badan terlalu ringan, berusahalah untuk menaikkan berat badan anda secara sihat. Dan saya sarankan anda mengambil Mealshake, B Complex dan Vitalea. Dan saya akan guide anda..Insya-Allah…


Amalan berdoa kepada Allah
Perlu diakui setiap rancangan dan kejadian ini Allah yang menentukan. Puas kita merancang dan berusaha tapi kita lupakan Allah. Allah adalah tempat kita sebagai hambanya mengadu memohon pertolongan.

Semoga apa yang dikongsikan ini membantu lebih ramai pasangan yang inginkan anak.

Hubungi kami ::
Ummi Hanami / 013-8137980

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT VITA-C PLUS

EKZEMA ~ Bagaimana Ekzema Terjadi...